Masa itu Emas
Bidalan seperti ini seringkali diperkatakan sejak dari kita kecil lagi. Ianya membawa maksud masa itu anugerah yang teramat berharga kepada sesiapa sahaja. Serlahkanlah penghargaan kita kepada masa yang dianugerahkan kepada semua makhluk di muka bumi ini. Jika tiada penghargaan diberikan, maka sia-sialah kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Menjadi lumrah dalam diri kita untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Ianya disayangi dan dipelihara dengan sebaik-baiknya seperti 'menatang minyak yang penuh'. Begitulah yang sepatutnya disifatkan kepada masa. Malah ia perlu diberikan perhatian yang serius dalam perjalanan hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, urusan dan lain-lain perkara yang berkenaan.
Islam sendiri amat menitikberatkan kepada pengurusan masa yang terbaik dan cemerlang. Dalam Al-Quran ALLAH berfirman yang membawa maksud;
"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran"
Surah Al-Asr
Pepatah Arab ada berkata, 'Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'. Benarlah seperti apa yang dikatakan. Jika kita tidak berusaha untuk mengejar masa yang ditetapkan mencapai sesuatu contohnya seperti IMPIAN diri, maka segalanya tiada akan menjadi. Penangguhan dalam menetapkan atau menjalankan sesuatu pasti merugikan. Kemungkinan segala peluang yang terhidang tiada akan tercapai atas kelewatan diri sendiri.
Masa perlu ditepati dengan sebaik-baiknya sebagaimana kita mahukan sesuatu dengan secepatnya. Salah satu perlaksanaan cemerlang semestinya dengan merancang dengan cemerlang dan teratur'step by step approach'. Tiada alasan untuk membuat perancangan sempurna sebelum melaksanakan sesuatu. Namun, harus diyakini yang mana segala-gala perancangan yang terbaik adalah terletak kepada ALLAH tersendiri. Kejayaan yang direncana pasti akan tiba. Cepat atau lambat bukan soalan yang khusus. Terimalah masa yang ditetapkan dengan rasa sabar dan ikhlas sebaik-baiknya.
Elemen malas adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Menangguh-nangguh merupakan salah satu penyebab kepada 'malas'. Kerana itulah ianya perlu dielakkan dengan segera. Tidak dinafikan kadangkala kita merasakan masa yang ada masih panjang, tetapi seperti yang dikata 'masa tidak akan menunggu kita'. Hanya kita yang perlu mengejar masa demi matlamat yang tercipta.
Di sini disertakan langkah-langkah untuk masa terutama dalam menggapai impian:

1) Memerhatikan pembinaan niat terutama
2) Mengamati dan memperbaiki kesilapan lalu
3) Terapkan diri pencarian ilmu berterusan
4) Fokus kepada matlamat IMPIAN
5) Perlaksanaan berterusan
Peringatilah diri kita untuk menghargai masa yang dianugerahkan kepada sekalian ciptaan-Nya.
Seperti biasa, berusaha, berusaha dan berusahalah dengan berterusan. Nescaya kejayaan pasti menjadi realiti. Amati masa yang ada dengan menghadapi realiti

ON WEDNESDAY, MAY 13, 2009
No comments:
Post a Comment