Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmayNYA untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.
Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim
Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Monolog Hati
Anak-anak perempuan
Mereka pernah dianggap pembawa malang
Dibenam ditanah tanpa rasa belas
Tangis rayunya tidak didengar
Senyum tawanya dianggap hina
Kerna menahan malu
Sanggup membuang anak ke perigi
Ditimbus dibiar tanpa menoleh
Jahilnya mereka itu
Disebabkan kejahilan ini
Pernah manjadi sesalan buat saidina Umar
Apabila mengenang anak perempuannya
Yang dibunuh tika jahiliyyahnya dulu
Sesungguhnya ketahuilah
Bahawa anak perempuan bukan sialan
Tidak dan tidak sesekali
Mereka sama seperti anak lelaki
Amanah di dunia
Buat ibubapa mencoraknya
Mereka terlalu istimewa
Istimewa dan terlalu istimewa...
Anak perempuanku tiga orang semuanya..berderet dari sulung hingga no. 3 yang ke 4 baru dapat hero setelah 11 tahun mencuba. Cabaran membesarkan anak dizaman global nie memang mencabar terutama dari segi cara mereka berfikir jauh beza di zamanku dulu., mengikut saja.....tidak sekarang banyak soalan2 cepu emas yang terpaksa dijawab...semoga aku diberi kesabaran dan kekuatan untuk mendidik anak-anakku menjadi anak yang beriman dan beramal soleh. Setiap dugaan ade rahmatnya. Amin..