Monday, March 8, 2010

Istiqamah

Abu Amrah bin Sufyan bertanya Rasulullah s.a.w "wahai Pesuruh Allah, katakan kepadaku tentang Islam yang mana aku tidak akan tanya sesiapapun melainkan kamu." Rasulullah menjawab yang bermaksud: "Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamahlah."(Riwayat Muslim)

Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat lima prasyarat bagi mencapai istiqamah dalam amalan:
  • Perbuatan tersebut mestilah dilakukan hanya kerana Allah (Ikhlas)
  • Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta atau jahil
  • Ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh syariat
  • Perbuatan tersebut hendaklah dilakukan sebaik mungkin
  • memastikan diri melakukan apa yang disyariatkan sahaja
Dalam memastikan istiqamah dalam sesuatu, terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu:-
  • Istiqamah hati: jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah sebaliknya menghiasi hati dengan sifat mahmudah(Surah al-Furqan 25:32)
  • Istiqamah lisan: Menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerana hak (surah Ibrahim 14:27)
  • Istiqamah perbuatan: Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik

No comments:

Post a Comment