Thursday, March 11, 2010

Alahai anak ibu....ikram al Hakim

yang semakin-makin mengada



dah penat main tanpa henti, menyusulah pula...isi minyak



model yang sentiasa memberikan pos istimewa

Alhamdulillah Allah SWT permudahkan perjalanan ku ke Tanah Suci Mekah, Anak kecil ibu sentiasa ceria (tak demam dan tak meragam) walaupun ditinggalkan selama 44 hari.( Ibu kat Mekah yang rindu tpi mula2 aje, lepas tu dah sibuk dengan ibadat dan kerja-kerja haji bolehlah control perasaan tu.

Tuesday, March 9, 2010

Berita gembira - abah baik dari sakit

Pada 19 Februari 2010 aku mendapat panggilan telefon dari emak di kampung yg menyatakan abah sakit tidak boleh buang air kecil semasa bersiap-siap untuk solat suboh di masjid. Emak berulang-alik menghantar abah ke klinik berdekatan dan akhirnya abah terpaksa menggunakan tiub untuk membuang air kecil sementara menunggu doktor membuat pemeriksaan pada hari Khamis berikutnya. Aku tidak puas hati dan aku meminta adiku mengambil abah dan emak ke JB untuk membuat pemeriksaan di Hospital Besar. Pada hari Sabtu 20 Februari 2010 suamiku membawa abah ke hospital besar utk membuat pememeriksaan dan doktor bertugas meminta kami merujuk kepada klinik pakar yang dibuka pada waktu pejabat sahaja.

Pada 22 Februari 2010 aku membawa abah ke klinik pakar di Hospital Besar untuk membuat pemeriksaan doktor. Tapi amat mengecewakan kerana terpaksa buat 'appoitment' dan tarikh yg. diberi adalah pada pertengahan bulan April. Aku merayu agar dicepatkan kepada 1 Mac, jururawat terpaksa akur dengan alasan yang aku berikan.

Pada 1 Mac 2010 aku membawa abah membuat pemeriksaan sepertimana temujanji yang telah dibuat. Setelah menjalani ujian pemeriksaan di makmal, abah masih tidak boleh buang air kecil dgn. sendiri. Dr. mengesahkan abah mengalami bengkak bahagian saluran kencing dan dibekalkan ubat untuk tempoh 2 bulan dan temujanji berikutnya adalah pada hujung bulan enam, 4 bulan dari sekarang. (terpaksa ikut turn terlalu ramai Q)

Aku bertambah kesihan melihat abah yg terpaksa menggunakan tiub sepanjang masa. Menjadikan pergerakan abah terbatas. Kegelisahan abah terlihat diwajahnya yang semakin menampakkan keuzuran kerana rutin hariannya terbantut seperti ke masjid pada setiap waktu solat dan ke kebun.

Mustajabnya doa dan amalan dengan keyakinan bahawa Allah SWT itu maha pengasih lagi maha mendengar rintihan hamba-hambanya. Setiap malam aku panjatkan doa dan sedekahkan bacaan Surah Yassin khusus untuk abah agar segera semboh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Disamping itu abah ada juga berubat cara tradisional dengan berurut.

Pada hari ini (9 Mac 2010) aku mendapat panggilan telefon daripada abah yang menyatakan abah telah semboh dan boleh buang air kecil tanpa menggunakan tiub lagi. Aku menangis kegembiraan kerana aku pasti abah tentu amat merindui solat di masjid dan pergi ke kebunnya.

Begitulah hanya sedikit dugaan yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya. Setiap dugaan ada rahmat di sebaliknya....Bila kita rasa kita susah, ada orang yang lebih susah daripada kita... itu akan mengelakkan diri daripada rasa kecewa dan putus asa...jangan sekali-kali kita putus asa untuk sentiasa berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Monday, March 8, 2010

Istiqamah

Abu Amrah bin Sufyan bertanya Rasulullah s.a.w "wahai Pesuruh Allah, katakan kepadaku tentang Islam yang mana aku tidak akan tanya sesiapapun melainkan kamu." Rasulullah menjawab yang bermaksud: "Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamahlah."(Riwayat Muslim)

Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat lima prasyarat bagi mencapai istiqamah dalam amalan:
  • Perbuatan tersebut mestilah dilakukan hanya kerana Allah (Ikhlas)
  • Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta atau jahil
  • Ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh syariat
  • Perbuatan tersebut hendaklah dilakukan sebaik mungkin
  • memastikan diri melakukan apa yang disyariatkan sahaja
Dalam memastikan istiqamah dalam sesuatu, terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu:-
  • Istiqamah hati: jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah sebaliknya menghiasi hati dengan sifat mahmudah(Surah al-Furqan 25:32)
  • Istiqamah lisan: Menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerana hak (surah Ibrahim 14:27)
  • Istiqamah perbuatan: Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik

Wednesday, March 3, 2010

Puisi untuk Ayah & Ibu


Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Sumber : Islam Digest

Friday, February 26, 2010

Penghargaan Masa

Masa itu Emas

Bidalan seperti ini seringkali diperkatakan sejak dari kita kecil lagi. Ianya membawa maksud masa itu anugerah yang teramat berharga kepada sesiapa sahaja. Serlahkanlah penghargaan kita kepada masa yang dianugerahkan kepada semua makhluk di muka bumi ini. Jika tiada penghargaan diberikan, maka sia-sialah kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Menjadi lumrah dalam diri kita untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Ianya disayangi dan dipelihara dengan sebaik-baiknya seperti 'menatang minyak yang penuh'. Begitulah yang sepatutnya disifatkan kepada masa. Malah ia perlu diberikan perhatian yang serius dalam perjalanan hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, urusan dan lain-lain perkara yang berkenaan.

Islam sendiri amat menitikberatkan kepada pengurusan masa yang terbaik dan cemerlang. Dalam Al-Quran ALLAH berfirman yang membawa maksud;

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran"

Surah Al-Asr

Pepatah Arab ada berkata, 'Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'. Benarlah seperti apa yang dikatakan. Jika kita tidak berusaha untuk mengejar masa yang ditetapkan mencapai sesuatu contohnya seperti IMPIAN diri, maka segalanya tiada akan menjadi. Penangguhan dalam menetapkan atau menjalankan sesuatu pasti merugikan. Kemungkinan segala peluang yang terhidang tiada akan tercapai atas kelewatan diri sendiri.

Masa perlu ditepati dengan sebaik-baiknya sebagaimana kita mahukan sesuatu dengan secepatnya. Salah satu perlaksanaan cemerlang semestinya dengan merancang dengan cemerlang dan teratur'step by step approach'. Tiada alasan untuk membuat perancangan sempurna sebelum melaksanakan sesuatu. Namun, harus diyakini yang mana segala-gala perancangan yang terbaik adalah terletak kepada ALLAH tersendiri. Kejayaan yang direncana pasti akan tiba. Cepat atau lambat bukan soalan yang khusus. Terimalah masa yang ditetapkan dengan rasa sabar dan ikhlas sebaik-baiknya.

Elemen malas adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Menangguh-nangguh merupakan salah satu penyebab kepada 'malas'. Kerana itulah ianya perlu dielakkan dengan segera. Tidak dinafikan kadangkala kita merasakan masa yang ada masih panjang, tetapi seperti yang dikata 'masa tidak akan menunggu kita'. Hanya kita yang perlu mengejar masa demi matlamat yang tercipta.

Di sini disertakan langkah-langkah untuk masa terutama dalam menggapai impian:

1) Memerhatikan pembinaan niat terutama
2) Mengamati dan memperbaiki kesilapan lalu
3) Terapkan diri pencarian ilmu berterusan
4) Fokus kepada matlamat IMPIAN
5) Perlaksanaan berterusan

Peringatilah diri kita untuk menghargai masa yang dianugerahkan kepada sekalian ciptaan-Nya.

Seperti biasa, berusaha, berusaha dan berusahalah dengan berterusan. Nescaya kejayaan pasti menjadi realiti. Amati masa yang ada dengan menghadapi realiti
POSTED BY HELMI SUHAIMI ON WEDNESDAY, MAY 13, 2009