Wednesday, October 13, 2010

Kerana tidak dibiasakan!



Sebelum makan lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Lepas makan lagi lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Masuk tandas lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang istighfar ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang selawat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang solat sunat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang berzikir ?
Kerana tidak dibiasakan.

Tahu tapi tak buat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kerana tidak dibiasakan !
Kerana tidak dibiasakan !

Surah Al Kahfi

Surah Al Kahfi (سورة الكهف)




















Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Ringkasan isi Kandungan surah :

Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan;
Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.
Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.

Dan lain-lain: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi:

Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut“. (HR Ahmad, Bukhari, Muslim)

Sabda Nabi saw, “ Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal". (HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud)

Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at, dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at“. (HR Al-Hakim)

Monday, September 27, 2010

Daging Masak Kicap Berempah

Setelah lama tidak mengn3 dlm blog nie, aku gagahkan juga untuk menulis tapi menulis benda yg paling senang aku tahu x perlu nak fikir2 sangat iaitu menulis resepi dari dapur ku.

Daging masak kicap berempah kegemaran abah dan juga anak2ku

Bahan-bahannya:
Daging lembu/kambing (direbus hingga empok)
lada kering
bawang kecil
bawang besar
bawang putih
Halia
ketumbar
jintan
lada hitam
(semua bahan di atas dikisar)
kicap manis cap kipas udang (siap jenama lagi..)

Cara membuat:

Tumis bahan yang dikisar dan sedikit gula melaka masakhingga naik minyak dan masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan. Biarkan daging agak kering masukkan kicap dan perahan air asam jawa dan biarkan ia kering sebelum dihidang kan.

Senang kan....



Monday, May 31, 2010

Kreativiti Angah


gambar Mohammad Ikram yang diambil oleh angah

dah lame x n3 blog perjalanan masa..asyik sibuk dgn tempahan aje dan blog http://marina-zainal69.blogspot.com

Thursday, May 6, 2010

Tempahan Cup Cake

tempahan dari Cik Hafizah sempena hari lahir ibu

tempahan dari cik Aida

tempahan dari zu, sakhir dan liza

Tempahan dari kawan2 di BIP, terima kasih atas sokongan semua. Kalau rasa2 nak order bolehlah caling2.

Tanda Ingatan - Hari Lahirku

terima kasih pada kawan2 yang mengingatiku, pandai buat gimik ye... ingatkan nak gi mane rupanya dh buat perancangan awal. Apa2 pun tqvm. Dah semakin meningkat usia nampak... umur bukan penghalang untuk kite terus berusaha merealisasikan apa yang kite impikan. Yg penting usaha tanpa jemu. Untuk mencapai kejayaan terlalu banyak liku2 dan halangan yg akan kita tempohi. Kita berusaha dan tawakal kepada Allah SWT, itu yang penting....

Thursday, April 29, 2010

Tempahan Cup Cake

Tempahan untuk cikgu kakak

tempahan kawan2 Ain

tempahan dari kawan-kawan Ain

Tempahan kawan2 Angah

Tempahan dari Noni untuk anaknya

Sebahagian dari tempahan yang telah dibuat. Bisnes yang mula2 suka2 jadi seronok dan bersungguh2 pulak.

Sambal Udang

Sambal udang permintaan anak2.

Bahan-bahan:
udang (buang kepala)
bawang merah(kisar)
bawang putih (kisar)
lada kering (kisar)
gula melaka

cara memasak:

bahan kisar ditumis hingga naik minyak, masukkan gula melaka dan garam
masukkan udang (jgn terlalu lama nanti udang jadi kecut)

Asam Pedas Ikan Mayong



Teringin nak makan asam pedas ikan mayong telah dipendamkan sejak sebelum gi kursus BTN lagi. Balik dari kursus apa lagi gi pasar terus cari ikan mayong untuk masak asam pedas. Makan lawan dengan taugeh (kacang soya) goreng, sambal belacan dan ulam dgn jering. Puas hati.....

Bahan-bahan:
Ikan mayong
lada kering (kisar)
bawang merah(besar+kecil) (kisar)
bawang putih(kisar)
kunyit(kisar)
halia (kisar)
belacan
serai (dititik)
daun kesum
sayur bendi
tomato
air asam jawa/asam keping

cara memasak:
Tumis bahan yang dikisar dan serai hingga naik minyak masukkan ikan mayong yang telah dibersihkan dgn air asam/air beras,
masukkan daun kesum dan air asam jawa, biarkan mendidih dan kuah agak pekat sedikit
dan akhir sekali masukkan bendi dan tomato


jangan lupa garam...nanti tak rasa ape2






Wednesday, April 21, 2010

Cahaya Wajah Nabi Muhammad s.a.w


Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi tidak dipasang. Nabi Muhammad s.a.w masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Hadiah Terbaik Dan Terburuk


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.


Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

Tuesday, April 13, 2010

Like Fathar Like Son...

Tidur tetap tidur walaupun suasana riuh rendah dengan cuaca yang panas terik ikram tak peduli tetap juga tidur. Macam dia pulak yang rewang, alahai anak ayah.....

Jemputan di rumah pakcik kat kampung. Meriah sebab saudara mara semua berkumpul... waktu macam nielah dapat berjumpa dengan saudara-mara, sepupu, dua pupu dan mcm2 pupulah..doa untuk pasangan pengantin, semoga rumahtangga yang dibina bahagia hingga akhir hayat dan dirahmati Allah SWT.. Amin




Monday, April 12, 2010

Lagi-lagi Cup Cake


Petang Ahad lepas balik jemputan sempat melayan si Ain membuat cup cake yang ditempah oleh kawan2 sekolah.

Memasak Sambil Bersantai



Menghadiri kelas membuat kuih Bluebeery Cheese Tart dan Fruit Tart pada 10 April 2010 (Sabtu) bermula dari jam 10.00 am hingga 1.30pm. Walaupun terpaksa korban masa hari Sabtu bersama keluarga tapi berbaloi sebab dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan. Sebelum pergi kelas kenalah siapkan semua kerja-kerja di rumah termasuk memasak untuk makan tengahari keluarga. Jadi kita pergi kelas dengan senang hati sebab semua kerja rumah dah settle.. Balik dari belajar siap boleh singgah rumah kawan yang lepas bersalin lagi...

Inilah hasilnya


Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart

Ayam Kg. Masak Kari Kering

Kari ayam ini kegemaran suamiku. Tak perlu letak santan dan yang penting sedap.

Bahan-bahan:
Ayam kg.
bawang besar (dipotong dadu)
tomato (dipotong dadu)
bawang kecil (kisar)
bawang putih (kisar)
halia (kisar)
lada kering (kisar)
rempah kari
rempah tumis
daun kari
serai
garam/serbuk perasa

Cara membuat:
Tumis bahan yang didadu, daun kari, serai dan rempah tumis hingga naik bau
masukkan bahan yang dikisar, masak hingga naik minyak kemudian masukkan rempah kari gaulkan 2-3 minit dan masukkan ayam dan air mengikut paras ayam
biarkan sehingga kuahnya menjadi pekat
dan boleh dihidang

Selamat mencuba!!!

Friday, April 9, 2010

Kenapa Aku....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, seutama-utama orang yang mengingati Allah dan tuannya orang-orang yang banyak bersyukur, imam para rasul dan penutup sekalian nabi. Juga kepada keluarga beliau, para sahabat seluruhnya, dan orang-orang yang mengikuti jejak beliau sampai hari kiamat.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini dan penghulu segala hari, marilah kita bermuhasabah diri dan mencari keredahaan ilahi agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Kita sering tertanya-tanya 'kenapa' apabila berlaku musibah atau ujian. Sebenarnya segala pertanyaan itu telah terjawab di dalam Al-Quran

Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah SWT bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman,'sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta." (Surah al-Ankabut:2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah SWT, maksudnya:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah:216)

Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah SWT, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah:286)

Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?
Firman Allah SWT, maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh(di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)."(Surah Ali Imran:200)

Firman Allah SWT lagi, maksudnya:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."(Surah al-Baqarah:45)

Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah SWT, maksudnya:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka....."(Surah at Taubah:111)

(sumber: solusi:isu perdana 2008)

Thursday, April 8, 2010

Sup Ayam Kampung Lada Hitam



Anak-anakku memang suka ayam masak sup nie kalau bleh ari2 nak masak yg same. Tapi kite yg jemu plak. Nak masak plbagai faham2 aje lah. Tapi ari nie x masak kat office ada dinner. Jadi ari nie kita enjoy..... sbb cuti masak;

macam biasalah resipi kita hari ini

Sup Ayam Kampung Lada Hitam

Bahan-bahan:

Ayam kampung (anak ramai potong kecil2)
Kentang
bawang besar+bawang kecil]
bawang putih
halia
lada hitam
kiub ayam
sup ponjot
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara membuat:
Ayam yang telah dipotong, kentang (dibelah 4), bawang kecil+bawang besar, bwg putih, halia lada hitam(dikisar), kiub ayam dan sup ponjot masukkan dalam periuk rebus hingga masak. last masukkan daun sup dan bawang goreng bila nak makan. Senang dan cepat.



Sambal Kicap

cili api
bawang putih
gula
kicap pekat (cap kipas udang)
limau purut

cara membuat:

cili api, bawang putih dan gula dikisar bersama dengan kicap
akhir sekali perahkan air limau dan hidangkan bersama dengan sup tadi.
(atau lada digoreng dahulu untuk mengurangkan rasa pedas)


Tuesday, April 6, 2010

Sambal Sotong

Konon2nye ari ni nak masak kari ayam kampung tapi suamiku dah keluarkan sotong jadi kenalah masak sotong. fikir pula sotong nak masak ape eh? asyik2 sotong kicap, kalau sotong goreng x de kuah lak, budak2 kalau lauk kering2 nie alahan skit mulalah komplen macam2lah ragamnya. Kang ibunye mogok masak baru tahu makanlah telur goreng sendiri. Hari2 bekerja nie tak sempat nak masak macam2 dapat masak satu jenis lauk dan sayur kira oklah tu daripada tak masak terus......akhirnya sotong dah jadi mangsa kena disambalkan...



Sambal Sotong

Macam biasa

Bahan:
Sotong dipotong
(ikut citarasa nak bulat ke leper ke ape2 ajelah rasanya tetap rasa sotong)
Lada kering
bawang besar + bawang kecil
bawang putih
Sedikit gula melaka (untuk mencantikan warna sambal)


cara membuat:
semua bahan dikisar/kalau rajin tumbuk kecuali sotong
panaskan minyak dan masukkan bahan dalam kuali biarkan sampai naik minyak baru masukkan sotong jangan lupa air asam jawa




Monday, April 5, 2010

Masak Lomak Cili Api warisan Mak Mertuaku

Sedia untuk dingap....


Bahan-bahan:
Ikan Tenggiri (yang dah bertelur)
Santan Kepala
Cili Api Kampung
Kunyit hidup
Serai
daun kunyit
Asam Keping

Cara Membuat:
Masukkan ikan tenggiri dan telur ikan yang dibungkus dgn. daun kunyit, bahan kisar (cili api dan kunyit hidup), asam keping, serai (dititik), santan kelapa jangan lupa letak garam nanti x rase....

Masakan nogori nie mudah x byk bahan, simple aje

Pokok pangkal (dahan x temasuk) nak mencuba buangkan huruf M dan pelbagai alasan yg x munasabah dalam diari hidup kita ataupun buat2 lupa aje....

KATAKAN BOLEH DALAM DIRI KITA
INSYAALAH KERJA YANG SUSAH AKAN JADI SENANG












Cup Cake Phase 1


Cup Cake hasil kreativiti Ain (untuk kanak2 sesuailah)

Selagi tidak dilayan selagi tulah merengek nak buat Cup Cake. Akhirnya Ain berjaya buat cup cake sendiri dipantau oleh Fasilitator Ibusayang. Bawa ke sekolah dah ade kawan-kawan yang buat tempahan.... Alahai anakku..... begitulah kasih seorang ibu, bahagia bila lihat anak gembira.. lepas nie siaplah kena buat persediaan menerima tempahan dari kawan2 sekolahnya.

Sunday, April 4, 2010

Satu hari di Hari Sabtu


Hari Sabtu merupakan hari yang paling sibuk, sebabnye hari nielah nak kemas rumah (depan belakang, atas bawah, kiri kanan dan kadang2 tak terbuat sebab kepenatan), basuh kain(kalau boleh semua jenis kain nak dibasuh), pergi pasar nak beli bahan basah untuk seminggu. Bila nampak semua nak beli, lebih2 lagi bila nampak sayur2 kampung segar. Tapi memikirkan tak tahan lama, jadi belilah sayur untuk stok sehari dua aje...nak memasak (macam2 menu dalam kepala tapi akhirnya nielah yang dimasaknye.......


Sup Tulang Serangka warisan Ibu

bahan-bahan:

Tulang Serangka Lembu
Bawang merah (kecil & besar)
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Ketumbar
Lada hitam
Kentang (untuk memekatkan sop)
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara membuat:
Semua bahan yang dikisar dan juga kentang direbus sekali dengan tulang biarkan sehingga empuk (lagi lama lagi sedap sebab semua bahan telah sebati) kalau nak sedap lagi makan dengan sambal kicap




Sambal Petai Ikan Bilis Tamban (ikan bilis hitam)

Bahan-bahan:

Petai dibuang kulit
Cili api kampung
ikan bilis tamban
bawang merah
bawang putih

Cara Membuat:
Semua bahan dikisar /tumbuk kecuali petai dan ikan bilis
goreng ikan bilis(asingkan)
tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga naik minyak barulah masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.

Resipi yang mudah untuk dibuat.
jumlah bahan ikut sedap rasa (masak mak2 main campak2 aje)

Selamat mencuba semoga berjaya





Thursday, April 1, 2010

Puding Tauhu

PUDING TAUHU

Bahan:

Agar2 kering (1/2)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
7 cawan air
1 kotak santan kara
1 tin buah laichi
1 tin koktail
1 Cawan gula pasir

Cara Membuat:

Agar2 dimasak sehingga cair
masukkan susu cair, susu pekat dan santan
Laichi disiat2 dimasukkan dlm bekas/loyang kemudian tuangkan bahan dan
biarkan sejuk

Kuah:

masak 1 cawan gula pasir dengan 6 cawan air sehingga cair
masukkan air laichi dan koktel sejukkan dan siap dihidang bersama puding tauhu

p/s: terima kasih adikku Dillah kerana telah mengajar cara untuk jimatkan ruang

Kisah Lelaki Tua dengan 3 Anaknya


Kesuntukan masa dan dengan keadaan ikram kena 'chicken pox' jadi tak sempat nak entry. Untuk memenuhi sedikit ruang-ruang yang ade ku bawakan kisah ini sebagai muhasabah diri. Kita manusia biasa yang mudah lupa dan alpa jadi kenalah selalu dikejutkan dengan peringatan demi peringatan. Cerita yang penuh dengan kiasan, pengajaran dan peringatan untuk kita semua.

Al-kisah:

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.amiin..

Sunday, March 21, 2010

Bengkel Cup Cake

Bengkel cup cake untuk anak-anak pada 20 Mac 2010
Anjuran Wangi, UTM


Tak kekok sebab dah biasa tolong ibu kat dapur

tersenyum simpul sebab berjaya akhirnya belajar buat cup cake

Inilah hasil kreativiti Ain

Saturday, March 20, 2010

Pinggan & resipiku...


Satey dan Nasi goreng cendawan menu hari Jumaat
Bila tiba hari Jumaat mula nak masak simple2 sebab esok cuti x yah masak banyak

Ayam percik menuku hari Khamis

Sebenarnya nak cerita pasal pinggan arcopalku. Masa anak dara salah satu hobiku adalah mengumpul pinggan walaupun harga pinggan arcopal nie agak mahal masa tu. Dah 20 tahun usia pingganku(lihat gambar kat atas). Masih cantik lagi walaupun digunakan selalu. Sebab tu sekarang orang gile vantage atau ape2 jenama pinggan aku tak heran sebab aku dh banyak pinggan tak perlu beli lagi. Jadi gunalah seadenya.... kecualilah kalau pingganku tu semua dah pecah kenalah beli pinggan baru!.... adelah peluang beli pinggan fesyen baru ... dasar perempuan

Kesimpulanya bak kata "pepatah menang membeli menang memakai" (kalau salah tolong tunjukkan)


Wednesday, March 17, 2010

Yang dirindui...


Rindu yang sentiasa membara lebih2 lagi terkenangkan suasananya yang aman dan damai seolah-olah aku masih berada di sana. Alunan azan dari Iman Masjidil Haram begitu menyentuh hati sesiapa saja yang mendengarnya. Semoga aku akan dipanggil ke sana lagi....... rindu yang tiada penghujungnya.

Monday, March 15, 2010

Demi MASA


Demi masa!

Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Demi Masa!

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Saturday, March 13, 2010

Kelebihan Anak Perempuan



Nabi s.a.w. ada bersabda :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmayNYA untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.
Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim
Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.


Monolog Hati

Anak-anak perempuan
Mereka pernah dianggap pembawa malang
Dibenam ditanah tanpa rasa belas
Tangis rayunya tidak didengar
Senyum tawanya dianggap hina
Kerna menahan malu
Sanggup membuang anak ke perigi
Ditimbus dibiar tanpa menoleh
Jahilnya mereka itu
Disebabkan kejahilan ini
Pernah manjadi sesalan buat saidina Umar
Apabila mengenang anak perempuannya
Yang dibunuh tika jahiliyyahnya dulu
Sesungguhnya ketahuilah
Bahawa anak perempuan bukan sialan
Tidak dan tidak sesekali
Mereka sama seperti anak lelaki
Amanah di dunia
Buat ibubapa mencoraknya
Mereka terlalu istimewa
Istimewa dan terlalu istimewa...

Anak perempuanku tiga orang semuanya..berderet dari sulung hingga no. 3 yang ke 4 baru dapat hero setelah 11 tahun mencuba. Cabaran membesarkan anak dizaman global nie memang mencabar terutama dari segi cara mereka berfikir jauh beza di zamanku dulu., mengikut saja.....tidak sekarang banyak soalan2 cepu emas yang terpaksa dijawab...semoga aku diberi kesabaran dan kekuatan untuk mendidik anak-anakku menjadi anak yang beriman dan beramal soleh. Setiap dugaan ade rahmatnya. Amin..

Friday, March 12, 2010

Nak masak ape...hari nie..



akhirnya masak spageti ala melayu

Kat office dah terfikir nak masak sup telur su on, goreng ikan dan sambal belacan aje. Sampai kat rumah dah tukar menu.. begitulah rutin ibu2 yang bekerja. Setiap petang bersilat nak siapkan masak sebelum anak balik sekolah. Teringat anak2 suka makan spageti dan bahanpun ada jadi tulah menu untuk petang nie.. resepi seperti berikut:

Bahan-bahan
1/2 bungkus spageti (pasta san reno)
daging cincang
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 tin prego (perisa ikut suka)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar-india (dipotong dadu)
halia, bawang putih, lada kering (kisar)
lada hitam (tumbuk kasar)
cara memasak
pasta direbus dengan sesudu minyak/majerin (supaya tidak melekat)
tumis bahan yang dikisar kemudian masukkan daging sehingga empuk dan masukkan bahan yang dipotong, masukkan prego dan akhir sekali masukkan lada hitam

selamat mencuba..sudi-sudikanlah